19 Ogos 2010

Biar Sampai Syurga

Kita Ingat Lagi…

Teman....begitu cepat masa berlalu,,kekadang kita tidak menyedari apa yg sedang berlaku..Dengan kesibukkan mencari ilmu dan keredhaan,,sekelip mata dah bertahun2 kita lalui...waktu bergurau senda kita tidak mengenali erti jiwa seseorang,,bila waktu bersama,,ego engkau dan ego aku tidak sama,,kenapa kita harus mempunyai sifat tersebut??? RENUNGKAN lah...

11 April 2010

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;



“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;


“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih; “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih; “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka


BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."


BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."


BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan; "Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih

20 Mac 2010

Epilog Sekeping Hati

Duhai hati, mengapa kau begini?
Sesuka hati kau mempermain janji
Sekejap kau ingin berbakti kepada Illahi
Sekejap pula kau lari dari niat mu yang suci
Hinggakan aku tak pasti apa yang kau cuba cari

Aku pinta padamu wahai sang hati
Tolonglah mengerti keinginan ku yang satu
Kepingin sekali menghadap Tuhan dengan jiwa murni
Tanpa janji palsu yang bersarang penuh puisi kosong
Menjadi omongan tetapi tak jua di tepati jasadi

Adakah kerna sifatmu semula jadinya memang berbolak-balik?
Pantas kau senang menukar haluan layarmu
Laksana kolek yang terumbang-ambing di pukul ombak
Ditolak ke kiri, ke kanan tanpa tujuan
Tiada sauh pemberat, tak juga di pasak ke bumi
Langsung tak teguh!

Tidakkah kau malu pada penciptaMu?
Di penghujung malam kau meratap inginkan keampunan
Namun di siang hari kau mencorak dosa serta kemurkaan
Sedarlah seisinya dunia ini hanyalah taman permainan
Malah harganya kurang daripada sebelah sayap nyamuk

Senda gurau ini tak akan berlarutan sampai bila-bila
Sampai masanya episod ini akan ditamatkan jua
Usahlah kau tertipu dek kerna pujuk rayu syaitan dan nafsu hina
Pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk mu jejakkan kaki
Jika kau betul-betul bijak ambil peluang disini
Kau bakal tersenyum riang melihat harta hasil titik peluh mu disana

Firman Allah S.W.T :
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Tidakkah kamu mengerti?"
-Surah Al-An'am (6) : 32.

17 Mac 2010

Ku Tuliskan Sepi

Aku dapat lihat mulut berbicara mengungkapkan kata-kata...

Aku dapat lihat burung berkicauan sambil terbangdi angkasa...

Aku dapat lihat ombak menghempas pantai dan buih-buih yang berderai...

Aku dapat lihat kanak-kanak girang dengan asyiknya...

Aku dapat lihat hujan mencurah-curah di atas tanah yang basah...

Aku dapat lihat kotak televisyen dengan gambar-gambar yang berwarna...

Aku dapat lihat kenderaan di jalan raya menderu dengan lajunya...

Aku dapat lihat guli-guli kaca jatuh bertaburan di lantai...

Aku dapat lihat bayi menangis dan sang ibu mendodoinya...

Aku dapat lihat belon-belon pecah dan semua yang ada di situ akan tekup telinga...

Tapi aku cuma dapat lihat.....

Aku tidak dapat dengar perkataan yang keluar daripada mulut itu...

Aku tidak dapat dengar kicauan burung yang merdu itu...

Aku tidak dapat dengar deruan ombak yang memukul pantai...

Aku tidak dapat dengar hilai ketawa kanak-kanak itu...

Aku tidak dapat dengar bunyi hujan yang menyimbah bumi...

Aku tidak dapat dengar suara dari kotak televisyen...

Aku tidak dapat dengar bunyi bising kenderaan di jalan raya...

Aku tidak dapat dengar bunyi gulu-guli kaca melantun di atas lantai...

Aku tidak dapat dengar tangisan bayi yang meresahkan sang ibu...

Aku tidak dapat dengar bunyi belon yang pecah dan aku tidak akan tekup telinga...

Inilah luahan hatiku...

Luahan sang hati yang amat sunyi...

Sunyi tanpa suara dan irama...

Duniaku kalis bunyi...

Hanya tangan, memek muka dan mata sebagai isyarat komunikasi...

Adakah sesiapa yang tahu isi hatiku ini???

Hanya di atas lembaran ini ku tuliskan sepi...

FIRMAN ALLAH SWT :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh isi hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya"
*Surah Al-Qaaf (50) : 16...

14 Mac 2010

Sampai hati mama


Mama,dalam perut mama,adik rasa sangat bahagia.Tapi,kadang-kadang adik rasa macam termakan benda kelat.Mungkin mama makan peria atau ubat.Mama makan ubat apa? Bukan apa,tapi bila adik terhisap rasa kelat tu,adik rasa sakit sangat kat bahagian kepala.Tiba-tiba tempat adik rasa semakin sesak.Adik hampir lemas tau.Tapi kemudian,adik rasa okey balik. Adik tak suka juga duduk dalam keadaan sempit berhari-hari.

Mama,dalam perut mama,adik hampir pekak.Tak tahulah,mungkin disebabkan mama selalu dengar lagu-lagu rancak,dan adik pun jarang dengar bacaan Quran,adik rasa bingit dan benar-benar tak selesa.Kenapa mama selalu dengar lagu yang bingit?Adik lagi suka dengar benda yang syahdu.Tapi,walau apa pun,adik tahu,mama sayang sangat kat adik.

Mama,selama adik dalam perut mama,adik selalu sangat berzikir dan doakan mama selamat dunia dan akhirat.Memang secara semulajadi,adik dapat berdoa,dan mungkin kasih sayang adik kepada mama,adik rasa adik sangat perlu untuk berdoa supaya mama sihat.Ye lah...mama dah jaga adik,bagi makan kat adik,dan adik rasa sangat sayang kat mama.

Mama,hari tu,adik tiba-tiba rasa nak menggelosongsor keluar dari perut mama.Adik rasakan mama sangat sakit.Tapi,adik sayang kat mama.Adik tak mahu keluar dari perut mama.Adik sayang mama.Adik pegang perut mama kuat-kuat supaya adik tak keluar dari perut mama. Tapi,mama teran adik sekuat-kuatnya sampaikan adik dah tak berdaya nak pegang.

Bila adik keluar dari perut mama,adik menangis.Adik menangis sebab adik akan berpisah dengan mama.Adik menangis semahu-mahunya.Adik tak mahu mama tinggalkan adik. Oleh itu, adik menutup jari jemari adik untuk bersumpah,adik tidak akan meninggalkan mama,dan akan membahagiakan mama.Adik bersumpah sambil menggenggam tangan.

Mama,terangnya dunia.Silau mata adik.Tapi kenapa dunia ini terlalu sejuk??Adik sedang kesejukan! Adik nak mama tolong selimutkan adik.Tapi kenapa mama tinggalkan adik atas lantai kotor ini?Ah...Adik menangis lagi.Sebab inilah adik tak mahu tinggalkan perut mak.Perut mak lebih selesa.Tapi dunia ini silau,dan sangat sejuk.Adik menggigil.

Mama,kenapa mama menangis?Sejak adik keluar dari perut mama,mama asyik menangis sahaja.Mama pun sedih macam adik ya?Oh,adik yakin,mama pun mesti sayang dengan adik berjuta-juta kali ganda berbanding adik.Tapi mama,adik sejuk.Lama adik ada atas lantai ni. Adik sejuk.

Mama,mama sedang angkat adik ya?Wah....mama peluk adik! Oh!Adik teringin sangat nak cium mama, tapi sekarang,adik sejuk sangat! Adik menggigil!Tolong hangatkan adik secepat mungkin!

Mama,mama bawa adik ke mana ni?Oh!Inikah rumah mama?Tapi kenapa rumah mama busuk sangat?Macam banyak kotoran sahaja. Kecilnya rumah ini! Muat ke mama tinggal dalam ni?

Mama,mama letakkan adik dalam rumah mama ni ya?Hahaha..rumah ini muat-muat badan adik sahaja.Macam manalah mama boleh tinggal dalam rumah begitu kecil ini?Tapi,kenapa adik kena baring atas plastik?Busuk pula tu.Ah!Bersemut pula!Adoi.!!Ada kerengga gigit badan adik!Adoi! kenapa banyak sangat semut di sini??Ahhh!!!Gelinya tempat ni!Banyak semut dan busuk pula tu!!Mama,kenapa mama tinggal di sini?

Mama,adik sejuk sangat ni.Kenapa mama masih tak selimutkan adik.Eh,mama buat apa tu?mama gores mancis ye?Oh,adik tahu!Mama nak hangatkan adik daripada kesejukan ya? Terima kasih mama!

Eh,mama,kenapa mama letak mancis tu atas perut adik! AHHH!!!Adooiii!!!mama!!!perut adik terbakar!!!Mama!!!!Panas sangat mama!!!Mama!!!Dada adik terbakar!Mama!!!Apa salah adik!? AHHHH!!!!Panas!!!!!Mama!!!!TOLONG!!!!BADAN ADIK TERBAKAR!!!!AHHHHHH!!!!! SAKIT,MAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mama!!!Apa salah adik sampai mama bakar adik? Adik sayang mama!Kenapa mama bakar adik!!???Mama!Mama nak pergi mana?Kenapa tinggalkan adik!Adik sakit!!Mama!!! adik sa...kkk..iittt!Tolon.gg...Mama........................................................................................

kenapa buat macam ni kat adik?adik sayangkan sangat kat mama.Adik doakan mama. Adik janji nak bahagiakan mama.Tapi,mama...mama...mama....Adik sedih...Adik sayang mama. Mama...

30 Januari 2010

Sahabatku

Sesungguhnya SAHABAT itu wujud dari satu pertemuan dengan sepuluh pertanyaan, seratus keyakinan dan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan dengan satu keikhlasan atas keredhaan Allah. Andai seorang sahabat melakukan kebaikan, ukirlah ia diatas batu yang istimewa agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah. Andai pula seorang sahabat melakukan kesilapan, tulislah ia diatas pasir yang berdebu agar ia hilang ditiup oleh angin kemaafan. Andai esok lusa dan hari yang seterusnya seorang sahabat itu gugur dan hilang dari pandangan kita, maka maafkan lah ia segala kesilapan yang nyata yang terpendam di hati.....