Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan

04 Mac 2011

Sifat Wanita Yang Tidak Diingini Lelaki

SEMEMANGNYA sukar untuk mengenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun wanita pada pertemuan pertama. Masa dan ruang amat diperlukan untuk memahami perasaan dan pandangan insan yang ingin didekati itu. Tanpa komunikasi yang efektif, mungkin payah untuk seseorang meramal sifat atau perangai seseorang yang lain. Perbualan di telefon bimbit, penghantaran mesej ringkas atau e-mel sebenarnya belum cukup untuk memahami soal sikap dan sifat. Ramai pasangan kekasih mengalami kesukaran seumpama ini pada awal perhubungan. Perasaan bimbang dan curiga mungkin boleh timbul apabila memikirkan tentang pilihan yang hendak dibuat. Pesona Kosmo! minggu ini memberi panduan tentang beberapa sifat wanita untuk dijadikan panduan lelaki. pada masa yang sama, golongan wanita juga boleh bermuhasabah diri melaluinya.


1: Wanita manja tidak bertempat

Wanita yang bersifat manja sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Apa yang lebih merisaukan bagi wanita jenis ini adalah lelaki sukar untuk mengenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat. Pada awalnya, wanita ini akan berubah apabila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu. Teguran tersebut lantas membuatkan wanita ini bersikap ultra berdikari demi membuktikan sebaliknya. Walau bagaimanapun, apabila wanita ini mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.

2: Wanita benci lelaki

Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada wanita jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat wanita ini yang jauh berbeza berbanding wanita lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka. Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka. Lelaki hanya suka bergaul dengan wanita jenis ini tanpa memikirkan sebarang komitmen. Jelas, wanita ini bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin hanya fikiran jahat untuk menjalin hubungan asmara semata-mata. Begitupun, wanita jenis ini memiliki sifat bersaing yang tinggi dan kadangkala boleh berkelakuan amat menggoda. Sebenarnya, sifat yang ditonjolkan wanita jenis ini adalah untuk melindungi dirinya daripada dilukai oleh lelaki.

3: Wanita karier

Lazimnya, ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan wanita berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan berasa terancam untuk bersama wanita jenis ini. Sebaliknya, lelaki beranggapan bahawa wanita yang berjaya dalam kerjaya tidak memerlukan dampingan lelaki. Kebanyakan wanita yang memiliki karier yang stabil telah pun membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. Dalam senario ini, kehadiran seseorang lelaki dianggap tidak mampu memberi lebih daripada apa yang mereka miliki. Namun, ramai juga lelaki yang tertarik wanita jenis ini kerana dari segi kewangan, tidak akan bergantung sepenuhnya pada mereka.

4: Wanita banyak cakap

Mengikut perspektif lelaki, wanita yang banyak bercakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan wanita menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Namun, ia amat bergantung kepada topik perbualan seseorang individu. Misalnya, apabila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, para pemain dan keputusan permainan. Sebaliknya, perbualan telah bertukar kepada topik feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak berkata-kata. Selalunya wanita dituduh dengan istilah ‘banyak cakap’ itu kerana mereka suka berbicara tentang subjek yang digemari serta ingin berkongsi. Itu tidak bermakna si dia mulut murai.

14 Mac 2010

Sampai hati mama


Mama,dalam perut mama,adik rasa sangat bahagia.Tapi,kadang-kadang adik rasa macam termakan benda kelat.Mungkin mama makan peria atau ubat.Mama makan ubat apa? Bukan apa,tapi bila adik terhisap rasa kelat tu,adik rasa sakit sangat kat bahagian kepala.Tiba-tiba tempat adik rasa semakin sesak.Adik hampir lemas tau.Tapi kemudian,adik rasa okey balik. Adik tak suka juga duduk dalam keadaan sempit berhari-hari.

Mama,dalam perut mama,adik hampir pekak.Tak tahulah,mungkin disebabkan mama selalu dengar lagu-lagu rancak,dan adik pun jarang dengar bacaan Quran,adik rasa bingit dan benar-benar tak selesa.Kenapa mama selalu dengar lagu yang bingit?Adik lagi suka dengar benda yang syahdu.Tapi,walau apa pun,adik tahu,mama sayang sangat kat adik.

Mama,selama adik dalam perut mama,adik selalu sangat berzikir dan doakan mama selamat dunia dan akhirat.Memang secara semulajadi,adik dapat berdoa,dan mungkin kasih sayang adik kepada mama,adik rasa adik sangat perlu untuk berdoa supaya mama sihat.Ye lah...mama dah jaga adik,bagi makan kat adik,dan adik rasa sangat sayang kat mama.

Mama,hari tu,adik tiba-tiba rasa nak menggelosongsor keluar dari perut mama.Adik rasakan mama sangat sakit.Tapi,adik sayang kat mama.Adik tak mahu keluar dari perut mama.Adik sayang mama.Adik pegang perut mama kuat-kuat supaya adik tak keluar dari perut mama. Tapi,mama teran adik sekuat-kuatnya sampaikan adik dah tak berdaya nak pegang.

Bila adik keluar dari perut mama,adik menangis.Adik menangis sebab adik akan berpisah dengan mama.Adik menangis semahu-mahunya.Adik tak mahu mama tinggalkan adik. Oleh itu, adik menutup jari jemari adik untuk bersumpah,adik tidak akan meninggalkan mama,dan akan membahagiakan mama.Adik bersumpah sambil menggenggam tangan.

Mama,terangnya dunia.Silau mata adik.Tapi kenapa dunia ini terlalu sejuk??Adik sedang kesejukan! Adik nak mama tolong selimutkan adik.Tapi kenapa mama tinggalkan adik atas lantai kotor ini?Ah...Adik menangis lagi.Sebab inilah adik tak mahu tinggalkan perut mak.Perut mak lebih selesa.Tapi dunia ini silau,dan sangat sejuk.Adik menggigil.

Mama,kenapa mama menangis?Sejak adik keluar dari perut mama,mama asyik menangis sahaja.Mama pun sedih macam adik ya?Oh,adik yakin,mama pun mesti sayang dengan adik berjuta-juta kali ganda berbanding adik.Tapi mama,adik sejuk.Lama adik ada atas lantai ni. Adik sejuk.

Mama,mama sedang angkat adik ya?Wah....mama peluk adik! Oh!Adik teringin sangat nak cium mama, tapi sekarang,adik sejuk sangat! Adik menggigil!Tolong hangatkan adik secepat mungkin!

Mama,mama bawa adik ke mana ni?Oh!Inikah rumah mama?Tapi kenapa rumah mama busuk sangat?Macam banyak kotoran sahaja. Kecilnya rumah ini! Muat ke mama tinggal dalam ni?

Mama,mama letakkan adik dalam rumah mama ni ya?Hahaha..rumah ini muat-muat badan adik sahaja.Macam manalah mama boleh tinggal dalam rumah begitu kecil ini?Tapi,kenapa adik kena baring atas plastik?Busuk pula tu.Ah!Bersemut pula!Adoi.!!Ada kerengga gigit badan adik!Adoi! kenapa banyak sangat semut di sini??Ahhh!!!Gelinya tempat ni!Banyak semut dan busuk pula tu!!Mama,kenapa mama tinggal di sini?

Mama,adik sejuk sangat ni.Kenapa mama masih tak selimutkan adik.Eh,mama buat apa tu?mama gores mancis ye?Oh,adik tahu!Mama nak hangatkan adik daripada kesejukan ya? Terima kasih mama!

Eh,mama,kenapa mama letak mancis tu atas perut adik! AHHH!!!Adooiii!!!mama!!!perut adik terbakar!!!Mama!!!!Panas sangat mama!!!Mama!!!Dada adik terbakar!Mama!!!Apa salah adik!? AHHHH!!!!Panas!!!!!Mama!!!!TOLONG!!!!BADAN ADIK TERBAKAR!!!!AHHHHHH!!!!! SAKIT,MAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mama!!!Apa salah adik sampai mama bakar adik? Adik sayang mama!Kenapa mama bakar adik!!???Mama!Mama nak pergi mana?Kenapa tinggalkan adik!Adik sakit!!Mama!!! adik sa...kkk..iittt!Tolon.gg...Mama........................................................................................

kenapa buat macam ni kat adik?adik sayangkan sangat kat mama.Adik doakan mama. Adik janji nak bahagiakan mama.Tapi,mama...mama...mama....Adik sedih...Adik sayang mama. Mama...