03 Mac 2011

Mencari Ehsan Dalam Diri

Bagaimana keadaan iman kita hari ini? Moga sentiasa tumbuh mekar di dalam taman hati.


Mencari yang hilang. Setiap hari tanpa kita sedari, pasti kita kehilangan sesuatu daripada diri kita. Bukan setakat barang yang nyata kelihatan di mata, tetapi juga iman dan ihsan di dalam diri. Ya Allah..bagaikan roda yang berputar, sebentar di atas sebentar di bawah, sekejap naik sekejap turun. Memang saya tak nafikan yang kehidupan ini sepertinya begitu dan saya merasakannya senditi. Oleh itu, saya akui saya sendiri dalam proses mencari ihsan di dalam diri, menjaga iman di dalam hati agar tetap menjadikan Allah sentiasa nombor 1. Apa itu ihsan?

Ihsan adalah ketepatan atau kesempurnaan (perfection or precision). Pada makna syara’ ia bermaksud melakukan sesuatu IBADAT dengan BAIK dan TEPAT sebagaimana yang diperintahkan Allah swt.

Apa pula yang dimaksudkan dengan iman?
dari segi bahasa memang kita semua ketahui ianya bermaksud PERCAYA.
dari segi istilah: Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

Lalu apa kaitannya iman dan ihsan? Kita mengaku kita beragama Islam. Tapi tanpa kita sedari, kita terlepas pandang pada ihsan. Adakah kita punya ihsan di dalam diri?

Sebagaimana didalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah r.a., di mana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi SAW dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan :-

مَا الْإِحْسَانُ ؟ قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

“Apakah itu Ihsan? Lalu Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

Ya Arhamarrahimin..andai dihayati hadis di atas, dengan sepenuh hati, ianya boleh membuatkan mata kita berkaca. Betapa hinanya kita, betapa jauhnya kita dari mempunyai ihsan di dalam diri..atau sungguhpun telah ada sifat ihsan itu, betapa tipis sekali..

Berapa ramai dari kita yang benar-benar beribadat kepada Allah dengan perasaan gerun, gentar, takut, sayu,dan tunduk kepada Allah seolah-olah kita boleh melihat Allah ataupun terasa gerun seolah-olah merasakan bahawa Allah memerhatikan kita..Allahu..Firman Allah:

قال الله تعالى : الَّذِيْ خَلَقَ المَوْتَ وَالحَيَوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ العَزِيْزُ الغَفُوْرُ

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” [surah al-Mulk : 2].

Lebih baik amalnya tidak sekadar melihat kepada kuantiti tetapi lebih kepada kualiti. Bagaimana kualiti solat kita, kualiti puasa kita, kualiti amal ibadat kita yang lain..adakah ianya sekadar melepaskan batuk di tangga, atau sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai seorang hambaNya atau sekadar memenuhi rutin harian.

Bagaimana kualiti ibadat kita ketika di khalayak ramai dan ketika bersendirian? adakah sama sahaja atau berbeza? adakah ketika di khalayak ramai kita cenderung menjadi baik tetapi bagaimana pula ketika duduk bersendirian di rumah ketika tiada siapa di sekeliling kita? ketika itulah kita boleh lihat adakah sifat ihsan kita wujud di dalam diri kita atau sungguhpun ada sifat itu di dalam diri, ketika bersendirian itulah sifat ihsan kita benar-benar teruji. ya Allah…istiqamahkan kami dalam menggapai redhaMu..

Mencari ihsan di dalam diri..
Bukan satu perkara yang mudah..dan bukan juga satu perkara yang boleh dianggap remeh.
mencari dan terus mencari..

Moga dipermudahkan..ameen..

Terkadang langit yang menaungi hari kita tak selalunya kelihatan cerah. Dan terkadang mendung diiringi denga titisan hujan. Namun setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah dariNya. Tarbiyah dan didikan dari Allah, terkadang mudah untuk kita menasihati orang lain agar bersabar dan redha sera menerima segala ujian yang menimpa namun andai ujian yang sama itu menimpa diri kita. Ya Allah, betapa terasa beratnya hati ini ingin menerima takdirMu. Jika itu yang ada pada diri kita, di manakah kita meletakkan keikhlasan di dalam diri? Ikhlas dan redha dengan setiap aturan Tuhan. Ikhlas. Satu rahsia yang hanya diketahui Allah.


"Allah knows best for us and Fear Allah". Satu perkataan popular yang seringkali kita ucap dan rasakan untuk mengembalikan ketenangan di hati. Ya Allah..ya Allah.. Ya Allah..jadikan setiap ujian yang menimpa kami sebagai satu pengajaran kepada diri yang merapatkan kami kepadaMu. Dan janganlah engkau memberi ujian yang berat sebagaimana engkau telah berikan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami. Ikhlaskan kami dalam menghadapinya, kuatkan iman kami, teguhkan iman kami..hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
betul tu saudara, mencari ehsan memg susah dlm diri, lbih2 lg jika diri yg tiada istiqamah dlm mlakukan ibadat...jika di tanya "apa agama kamu?" jawabnya islam..."apa perkara penting dlm agama kamu?" jwab nya lg percaye tuhan n mnyembahnya...Bercakap bukan main seng lg saudara, tp nk mlakukan perkara trsebut memg sukar...except ada yg membimbing...skian.