Memaparkan catatan dengan label Hati mengukir kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hati mengukir kata. Papar semua catatan

03 Mac 2011

Layak kah Aku Untuk Mengeluh!!!!

Letih.
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah:111)

01 Mac 2011

Tiada Cinta seBanding Cinta ILLahi

Ku mengorak langkah Sebagai seorang serikandi.. Dalam setiap langkah, hatiku selalu berbicara dgn kelemahan diri ini yg penuh persoalan dihati.. Namun aku merasa sayup dan jauh sangat dengan yg Pencipta, aku keliru dgn perjalanan hidup ini, kekadang aku di sanjung dan kekadang aku di hina.. Ya Allah, duniaMu ini banyak cubaan, ujian dan cabaran, bila ku merasa kesepian aku pasti berbicara dgn sang Kekasih Hakiki.. Aku berdoa dalam setiap solatku moga hidupku matiku hendak pada jalanMu.


Ya Allah berkatilah setiap langkah dalam Hidupku ini!

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….

Cinta itu menuntut pengorbanan, kadang2 maha besar. Namun emosi telah mainkan peranannya yg sangat besar hingga seseorang itu boleh melupakan kepentingan dirinya utk memberi laluan kepada kebahagian insan tersayang.
Hati bertanya : mengapa cinta terhadap makhlukNya terlalu sakit? atau diri ini yg terlalu berharap?

tapi sdangkan kasih yg dipadu ada lah keinginan 2 hati… mengapa hati ini mesti dilukai dan didustai?
apakah aku perlu menunggu dewa cintaku?
sudah tiada daya untuk berpaut pada dahan yang rapuh, dan aku sedar kenapa aku boleh rapuh kerana cinta kan manusia... kesedaran mngajar aku erti kehidupan di mana janji cinta manusia membawa kekosongan, sbaliknya janji cinta Illahi membawa ganjaran...

Hati2 memilih jalan...

20 Mac 2010

Epilog Sekeping Hati

Duhai hati, mengapa kau begini?
Sesuka hati kau mempermain janji
Sekejap kau ingin berbakti kepada Illahi
Sekejap pula kau lari dari niat mu yang suci
Hinggakan aku tak pasti apa yang kau cuba cari

Aku pinta padamu wahai sang hati
Tolonglah mengerti keinginan ku yang satu
Kepingin sekali menghadap Tuhan dengan jiwa murni
Tanpa janji palsu yang bersarang penuh puisi kosong
Menjadi omongan tetapi tak jua di tepati jasadi

Adakah kerna sifatmu semula jadinya memang berbolak-balik?
Pantas kau senang menukar haluan layarmu
Laksana kolek yang terumbang-ambing di pukul ombak
Ditolak ke kiri, ke kanan tanpa tujuan
Tiada sauh pemberat, tak juga di pasak ke bumi
Langsung tak teguh!

Tidakkah kau malu pada penciptaMu?
Di penghujung malam kau meratap inginkan keampunan
Namun di siang hari kau mencorak dosa serta kemurkaan
Sedarlah seisinya dunia ini hanyalah taman permainan
Malah harganya kurang daripada sebelah sayap nyamuk

Senda gurau ini tak akan berlarutan sampai bila-bila
Sampai masanya episod ini akan ditamatkan jua
Usahlah kau tertipu dek kerna pujuk rayu syaitan dan nafsu hina
Pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk mu jejakkan kaki
Jika kau betul-betul bijak ambil peluang disini
Kau bakal tersenyum riang melihat harta hasil titik peluh mu disana

Firman Allah S.W.T :
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Tidakkah kamu mengerti?"
-Surah Al-An'am (6) : 32.

17 Mac 2010

Ku Tuliskan Sepi

Aku dapat lihat mulut berbicara mengungkapkan kata-kata...

Aku dapat lihat burung berkicauan sambil terbangdi angkasa...

Aku dapat lihat ombak menghempas pantai dan buih-buih yang berderai...

Aku dapat lihat kanak-kanak girang dengan asyiknya...

Aku dapat lihat hujan mencurah-curah di atas tanah yang basah...

Aku dapat lihat kotak televisyen dengan gambar-gambar yang berwarna...

Aku dapat lihat kenderaan di jalan raya menderu dengan lajunya...

Aku dapat lihat guli-guli kaca jatuh bertaburan di lantai...

Aku dapat lihat bayi menangis dan sang ibu mendodoinya...

Aku dapat lihat belon-belon pecah dan semua yang ada di situ akan tekup telinga...

Tapi aku cuma dapat lihat.....

Aku tidak dapat dengar perkataan yang keluar daripada mulut itu...

Aku tidak dapat dengar kicauan burung yang merdu itu...

Aku tidak dapat dengar deruan ombak yang memukul pantai...

Aku tidak dapat dengar hilai ketawa kanak-kanak itu...

Aku tidak dapat dengar bunyi hujan yang menyimbah bumi...

Aku tidak dapat dengar suara dari kotak televisyen...

Aku tidak dapat dengar bunyi bising kenderaan di jalan raya...

Aku tidak dapat dengar bunyi gulu-guli kaca melantun di atas lantai...

Aku tidak dapat dengar tangisan bayi yang meresahkan sang ibu...

Aku tidak dapat dengar bunyi belon yang pecah dan aku tidak akan tekup telinga...

Inilah luahan hatiku...

Luahan sang hati yang amat sunyi...

Sunyi tanpa suara dan irama...

Duniaku kalis bunyi...

Hanya tangan, memek muka dan mata sebagai isyarat komunikasi...

Adakah sesiapa yang tahu isi hatiku ini???

Hanya di atas lembaran ini ku tuliskan sepi...

FIRMAN ALLAH SWT :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh isi hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya"
*Surah Al-Qaaf (50) : 16...