20 Mac 2010

Epilog Sekeping Hati

Duhai hati, mengapa kau begini?
Sesuka hati kau mempermain janji
Sekejap kau ingin berbakti kepada Illahi
Sekejap pula kau lari dari niat mu yang suci
Hinggakan aku tak pasti apa yang kau cuba cari

Aku pinta padamu wahai sang hati
Tolonglah mengerti keinginan ku yang satu
Kepingin sekali menghadap Tuhan dengan jiwa murni
Tanpa janji palsu yang bersarang penuh puisi kosong
Menjadi omongan tetapi tak jua di tepati jasadi

Adakah kerna sifatmu semula jadinya memang berbolak-balik?
Pantas kau senang menukar haluan layarmu
Laksana kolek yang terumbang-ambing di pukul ombak
Ditolak ke kiri, ke kanan tanpa tujuan
Tiada sauh pemberat, tak juga di pasak ke bumi
Langsung tak teguh!

Tidakkah kau malu pada penciptaMu?
Di penghujung malam kau meratap inginkan keampunan
Namun di siang hari kau mencorak dosa serta kemurkaan
Sedarlah seisinya dunia ini hanyalah taman permainan
Malah harganya kurang daripada sebelah sayap nyamuk

Senda gurau ini tak akan berlarutan sampai bila-bila
Sampai masanya episod ini akan ditamatkan jua
Usahlah kau tertipu dek kerna pujuk rayu syaitan dan nafsu hina
Pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk mu jejakkan kaki
Jika kau betul-betul bijak ambil peluang disini
Kau bakal tersenyum riang melihat harta hasil titik peluh mu disana

Firman Allah S.W.T :
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Tidakkah kamu mengerti?"
-Surah Al-An'am (6) : 32.

17 Mac 2010

Ku Tuliskan Sepi

Aku dapat lihat mulut berbicara mengungkapkan kata-kata...

Aku dapat lihat burung berkicauan sambil terbangdi angkasa...

Aku dapat lihat ombak menghempas pantai dan buih-buih yang berderai...

Aku dapat lihat kanak-kanak girang dengan asyiknya...

Aku dapat lihat hujan mencurah-curah di atas tanah yang basah...

Aku dapat lihat kotak televisyen dengan gambar-gambar yang berwarna...

Aku dapat lihat kenderaan di jalan raya menderu dengan lajunya...

Aku dapat lihat guli-guli kaca jatuh bertaburan di lantai...

Aku dapat lihat bayi menangis dan sang ibu mendodoinya...

Aku dapat lihat belon-belon pecah dan semua yang ada di situ akan tekup telinga...

Tapi aku cuma dapat lihat.....

Aku tidak dapat dengar perkataan yang keluar daripada mulut itu...

Aku tidak dapat dengar kicauan burung yang merdu itu...

Aku tidak dapat dengar deruan ombak yang memukul pantai...

Aku tidak dapat dengar hilai ketawa kanak-kanak itu...

Aku tidak dapat dengar bunyi hujan yang menyimbah bumi...

Aku tidak dapat dengar suara dari kotak televisyen...

Aku tidak dapat dengar bunyi bising kenderaan di jalan raya...

Aku tidak dapat dengar bunyi gulu-guli kaca melantun di atas lantai...

Aku tidak dapat dengar tangisan bayi yang meresahkan sang ibu...

Aku tidak dapat dengar bunyi belon yang pecah dan aku tidak akan tekup telinga...

Inilah luahan hatiku...

Luahan sang hati yang amat sunyi...

Sunyi tanpa suara dan irama...

Duniaku kalis bunyi...

Hanya tangan, memek muka dan mata sebagai isyarat komunikasi...

Adakah sesiapa yang tahu isi hatiku ini???

Hanya di atas lembaran ini ku tuliskan sepi...

FIRMAN ALLAH SWT :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh isi hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya"
*Surah Al-Qaaf (50) : 16...

14 Mac 2010

Sampai hati mama


Mama,dalam perut mama,adik rasa sangat bahagia.Tapi,kadang-kadang adik rasa macam termakan benda kelat.Mungkin mama makan peria atau ubat.Mama makan ubat apa? Bukan apa,tapi bila adik terhisap rasa kelat tu,adik rasa sakit sangat kat bahagian kepala.Tiba-tiba tempat adik rasa semakin sesak.Adik hampir lemas tau.Tapi kemudian,adik rasa okey balik. Adik tak suka juga duduk dalam keadaan sempit berhari-hari.

Mama,dalam perut mama,adik hampir pekak.Tak tahulah,mungkin disebabkan mama selalu dengar lagu-lagu rancak,dan adik pun jarang dengar bacaan Quran,adik rasa bingit dan benar-benar tak selesa.Kenapa mama selalu dengar lagu yang bingit?Adik lagi suka dengar benda yang syahdu.Tapi,walau apa pun,adik tahu,mama sayang sangat kat adik.

Mama,selama adik dalam perut mama,adik selalu sangat berzikir dan doakan mama selamat dunia dan akhirat.Memang secara semulajadi,adik dapat berdoa,dan mungkin kasih sayang adik kepada mama,adik rasa adik sangat perlu untuk berdoa supaya mama sihat.Ye lah...mama dah jaga adik,bagi makan kat adik,dan adik rasa sangat sayang kat mama.

Mama,hari tu,adik tiba-tiba rasa nak menggelosongsor keluar dari perut mama.Adik rasakan mama sangat sakit.Tapi,adik sayang kat mama.Adik tak mahu keluar dari perut mama.Adik sayang mama.Adik pegang perut mama kuat-kuat supaya adik tak keluar dari perut mama. Tapi,mama teran adik sekuat-kuatnya sampaikan adik dah tak berdaya nak pegang.

Bila adik keluar dari perut mama,adik menangis.Adik menangis sebab adik akan berpisah dengan mama.Adik menangis semahu-mahunya.Adik tak mahu mama tinggalkan adik. Oleh itu, adik menutup jari jemari adik untuk bersumpah,adik tidak akan meninggalkan mama,dan akan membahagiakan mama.Adik bersumpah sambil menggenggam tangan.

Mama,terangnya dunia.Silau mata adik.Tapi kenapa dunia ini terlalu sejuk??Adik sedang kesejukan! Adik nak mama tolong selimutkan adik.Tapi kenapa mama tinggalkan adik atas lantai kotor ini?Ah...Adik menangis lagi.Sebab inilah adik tak mahu tinggalkan perut mak.Perut mak lebih selesa.Tapi dunia ini silau,dan sangat sejuk.Adik menggigil.

Mama,kenapa mama menangis?Sejak adik keluar dari perut mama,mama asyik menangis sahaja.Mama pun sedih macam adik ya?Oh,adik yakin,mama pun mesti sayang dengan adik berjuta-juta kali ganda berbanding adik.Tapi mama,adik sejuk.Lama adik ada atas lantai ni. Adik sejuk.

Mama,mama sedang angkat adik ya?Wah....mama peluk adik! Oh!Adik teringin sangat nak cium mama, tapi sekarang,adik sejuk sangat! Adik menggigil!Tolong hangatkan adik secepat mungkin!

Mama,mama bawa adik ke mana ni?Oh!Inikah rumah mama?Tapi kenapa rumah mama busuk sangat?Macam banyak kotoran sahaja. Kecilnya rumah ini! Muat ke mama tinggal dalam ni?

Mama,mama letakkan adik dalam rumah mama ni ya?Hahaha..rumah ini muat-muat badan adik sahaja.Macam manalah mama boleh tinggal dalam rumah begitu kecil ini?Tapi,kenapa adik kena baring atas plastik?Busuk pula tu.Ah!Bersemut pula!Adoi.!!Ada kerengga gigit badan adik!Adoi! kenapa banyak sangat semut di sini??Ahhh!!!Gelinya tempat ni!Banyak semut dan busuk pula tu!!Mama,kenapa mama tinggal di sini?

Mama,adik sejuk sangat ni.Kenapa mama masih tak selimutkan adik.Eh,mama buat apa tu?mama gores mancis ye?Oh,adik tahu!Mama nak hangatkan adik daripada kesejukan ya? Terima kasih mama!

Eh,mama,kenapa mama letak mancis tu atas perut adik! AHHH!!!Adooiii!!!mama!!!perut adik terbakar!!!Mama!!!!Panas sangat mama!!!Mama!!!Dada adik terbakar!Mama!!!Apa salah adik!? AHHHH!!!!Panas!!!!!Mama!!!!TOLONG!!!!BADAN ADIK TERBAKAR!!!!AHHHHHH!!!!! SAKIT,MAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mama!!!Apa salah adik sampai mama bakar adik? Adik sayang mama!Kenapa mama bakar adik!!???Mama!Mama nak pergi mana?Kenapa tinggalkan adik!Adik sakit!!Mama!!! adik sa...kkk..iittt!Tolon.gg...Mama........................................................................................

kenapa buat macam ni kat adik?adik sayangkan sangat kat mama.Adik doakan mama. Adik janji nak bahagiakan mama.Tapi,mama...mama...mama....Adik sedih...Adik sayang mama. Mama...